Friday, May 23, 2014

Cara & Peraturan Menyewa Buku

1. Pergi ke bilik saya z009c atau boleh SMS/WhatsApp/PM di facebook
( https://www.facebook.com/PlushyHeartAdmin ) kepada saya untuk
 mengetahui status buku sama ada tengah dipinjam atau tidak (0177784067).

2. Harga sewa :

             pinjam Komik :
              3 hari --> 50 sen untuk setiap komik
              1 minggu -->  RM1 untuk setiap komik

             pinjam Novel :
               3 hari --> 80 sen untuk setiap novel
               1 minggu --> RM1.5 untuk setiap novel

3. Kehilangan buku akan dikenakan denda mengganti buku itu dengan harga asal buku.
4. Tiada limit jumlah buku yg boleh dipinjam sekiranya sanggup membayar deposit. Jika tidak sanggup bayar deposit, hanya maximum 3 komik @ 1 novel boleh dipinjam setiap kali peminjaman.

NOTIS : deposit akan 100% dipulangkan dengan penuh selepas buku dipulang kepada saya dan deposit hanya akan dikenakan kepada peminjam jika meminjam lebih dari dua buku dalam sekali peminjaman. Hal ini untuk mengelakkan kehilangan buku tapi tidak diganti oleh peminjam. Deposit RM 5 untuk setiap komik dan RM10 untuk setiap novel.


5.  Denda lewat pulang : 20 sen sehari
6. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku akan dicaj

 Contoh kerosakan :
 i. Terkoyak  / terkenyuk teruk (kulit / mukasurat)
ii. Terkena air / sisa makanan / basah
iii. Kehilangan mukasurat
iv. Terbakar (penuh/separuh/sedikit)
v. Terconteng pada muka surat @ kulit
vi. Bergaris / tercalar (pen/pensil/makerpen)

7. Peminjam dinasihatkan supaya menjaga buku dengan baik :) Anggap buku tuh mcm anak korang lah.....jaga elok2 jgn bagi hilang dan rosak.

8. Peminjam juga dinasihatkan membawa duit lebih bagi membayar denda jika ada kerosakan ketika memulangkan buku. Kalau boleh janganlah makan/minum sambil baca buku ye....  karang kotor kang dah kena bayar denda. :) Kalau ada sebarang kerosakan sila bagitahu dan jangan senyap je okay. Kalau dah hilang buku silalah bayar dgn segera. Mesej/beritahu saya jika hilang dan bila nak bayar ganti rugi kepada saya.... jangan sampai saya kena tanya dulu dan tanya banyak kali pulak ye~ Stress saya nanti. Habis tenaga dan duit kredit phone saya. Kepada yang bagi kerjasama, terima kasih! ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Kei's Buku Sewa. Design By: SkinCorner